NAJIB SANDARAN RAKYAT
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 15 Mei 2009
Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung
Najib mewarisi kepimpinan Negara bukan dalam keadaan selesa sebagaimana yang pernah dialami Allahyarham bapanya. Walau bagaimanapun Allahyarham berjaya mengatasi ketidakseimbangan agihan ekonomi dan pertelingkahan antara kaum dengan jayanya kerana meletakkan kepentingan rakyat sebagai suatu keutamaan. Najib sudah membayangkan melakukan hal yang sama dalam era kepimpinannya
Era kepimpinan Najib terpaksa berhadapan dengan sentimen rakyat pelbagai kaum yang membara semula hasil permainan politik sesetengah pihak yang mengejar laba politik jangka pendek. Mereka ingin menghancurkan formula kesepakatan politik yang dicapai sebelum Negara ini merdeka. Hal ini sedikit-sebanyak mengocakkan ketenangan yang dinikmati sekian lama
Krisis ekonomi global yang turut memberikan kesan kepada sosioekonomi Negara juga menuntut penyelesaian yang segera. Rakyat tidak sanggup menempuhi sekali lagi tempoh yang amat perit sebagaimana krisis ekonomi yang melanda Negara lebih sedekad yang lalu
Najib tidak boleh memperbetulkan keadaan bersendirian. Tundakan beliau harus disokong melalui kata-kata dan tindakan orang bawahannya. Barisan kabinek yang dibentuk mestilah membantu beliau mengemudi Negara selaras dengan kehendak dan aspirasi rakyat. Jika tidak lama-kelamaan keyakinan rakyat terhadap pemerintah sedia ada akan terus terhakis mengikut peredaran masa
Masaalah yang berlaku akhir-akhir ini berpunca daripada persepsi salah terhadap kepimpinan kerajaan hasil tuduhan dan dakwaan pihak-pihak tertentu. Parti pemerintah perlu mengambil iktibar dengan memperbetulkan persepsi rakyat yang sedikit tersasar itu. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan menampilkan imej pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih. Itulah langkah awal yang diambil oleh Najib apabila membentuk anggota kabinek yang baru
Rakyat menanti lagi perubahan lain yang akan dilaksanakan oleh Najib. Kita yakin bahawa Najib mempunyai formula untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku ini. Beliau harus diberi peluang untuk mengotakan apa-apa yang dijanjikan. Dengan gagasan, “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, Najib dan saf kepimpinannya menjadi sandaran rakyat untuk mengemudi bangsa dan Negara kembali kelandasan yang betul untuk menuju kejayaan






