Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Arkib bagi Hari 15 Mei 2009

NAJIB SANDARAN RAKYAT

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 15 Mei 2009

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Najib mewarisi kepimpinan Negara bukan dalam keadaan selesa sebagaimana yang pernah dialami Allahyarham bapanya. Walau bagaimanapun Allahyarham berjaya mengatasi ketidakseimbangan agihan ekonomi dan pertelingkahan antara kaum dengan jayanya kerana meletakkan kepentingan rakyat sebagai suatu keutamaan. Najib sudah membayangkan melakukan hal yang sama dalam era kepimpinannya

Era kepimpinan Najib terpaksa berhadapan dengan sentimen rakyat pelbagai kaum yang membara semula hasil permainan politik sesetengah pihak yang mengejar laba politik jangka pendek. Mereka ingin menghancurkan formula kesepakatan politik yang dicapai sebelum Negara ini merdeka. Hal ini sedikit-sebanyak mengocakkan ketenangan yang dinikmati sekian lama Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat) Sokong Ideologi Komunis.

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 15 Mei 2009

Oleh:-Mawar berdarah

Kemelut politik Perak mengundang persoalan, adakah negara Malaysia semakin hampir untuk menjadi sebuah negara republik di bawah Pakatan Rakyat jika memerintah nanti? Slogan fahaman sosialis yang hampir dengan fahaman komunis berlegar di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat antaranya ‘negara berkebajikan’, ‘kerajaan rakyat’ dan ‘ketuanan rakyat’. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Komen »