Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Arkib bagi Hari 13 Mei 2009

KEMELUT PERPECAHAN PAS HARI INI ANGKARA ANWAR

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 13 Mei 2009

Oleh: Salza Hedra

PAS sedang di ambang pemilihan kepimpinan patinya tidak lama lagi. Kumpulan ulamak yang selama ini menerajui kepimpinan PAS terasa bahangnya apabila menerima tekanan daripada kumpulan profesional atau Erdogan. Lemparan kata-kata yang diluahkan oleh kedua-dua golongan ini memperlihatkan telah berlaku keretakkan dan rasa tidak meyakini antara satu sama lain dalam usaha membawa halatuju PAS ke arah era yang penuh cabaran. Golongan ulamak menyatakan bahawa mereka lebih layak kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya mengemudi PAS sehingga mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU 12 lalu. Manakala golongan Erdogan pula menyatakan bahawa mereka lebih layak kerana dunia hari ini memerlukan pengemudi yang lebih berkeupayaan dan lebih relevan dengan kehendak dunia hari ini. Penulis bukanlah nak menentukan siapakah sebenarnya yang paling layak tapi ingin berkongsi idea dengan teman-teman. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 17 Komen »

BERMULALAH ERA TUK NAJIB…

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 13 Mei 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Masuklah kita dalam satu era baharu, era Tuk Najib anak kepada Tun Razak. Kita kalungkan Ucapan Tahniah kepada Tuk Najib yang jadi PM keenam. Tuk Najib PM Malaysia pertama yang juga merupakan seorang anak PM. Kata orang, bapa borek anak rintik; kalau tak tumpah ke nasi, kemana lagi tumpahnya kuah.

Siapa tak ingat Tun Razak? Macam-macam yang beliau buat untuk Negara. Beliaulah Bapa Pembangunan. Kita kagum tengok gambar-gambar lama Tun Razak; berjalan masuk kampung, ada kalanya berkaki ayam, ada kalanya berjalan berbatu-batu masuk kependalaman, itulah gaya Tun Razak. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 3 Komen »