DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009
OLEH:- Mawar Berdarah
Jika dahulu, sebaik sahaja beliau dipecat dari UMNO kerana didapati salah guna kuasa dan salah laku, ramai pemimpin pembangkang terutama pas bertindak menyokong bekas pemimpin nombor dua parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu.Malahan, serta – merta pemimpin pas yang sebelumnya memberi bermacam gelaran dan kutukan kepada bekas pemimpin itu juga turut beralih memuji apa sahaja yang dilakukan dan diperkatakannya.Hal tersebut hinggalah membawa kepada perkara yang mara rakyat masih ingat bagaimana beliau iaitu Anwar Ibrahim, yang gemar bermain dengan kata- kata, mencanangkan ke seantero dunia bahawa beliau akan memilih dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam pada 16 September 2008 lalu. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | Leave a Comment »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009
Oleh: Tenda Biru
Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kecoh dengan aksi sarkas ADUN Pakatan Rakyat yang masih mahu menegakkan benang basah walaupun kehilangan majoriti di dalam dewan yang mulia. Selepas insiden yang mencemarkan kemuliaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, rakyat sudah pasti tertanya-tanya apa pula yang akan berlaku selepas ini.
Suasana di dalam Dewan yang sepatutnya dihormati tidak ubah seperti keadaan di dalam sebuah pasar. Manakala di luar dewan juga dikatakan keadaan turut kecoh dengan penyokong pakatan yang masih tidak dapat menerima hakikat kerajaan negeri sokongan mereka telah tumbang sejak beberapa bulan yang lalu. Soal membubarkan dewan tidak wajar ditimbulkan oleh pembangkang sekarang kerana ia akan bersifat menyanggah keputusan Sultan. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009
Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung
Hakikatnya sikap ego menjadi faktor utama kepada keretakan perpaduan dalam kalangan orang melayu sendiri. “Melayu Mudah Lupa.” Begitulah ungkapan yang pernah di suarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad beberapa tahun yang lalu. Nyata ungkapan yang berbau sindiran ini masih sinonim kepada situasi getir yang menyumbang kepada kemelaratan hidup orang Melayu. Sudah menjadi resam manusia apabila diberikan hak istimewa lebih sedikit daripada orang lain, mereka menjadi leka
Masih ada dalam kalangan orang Melayu yang terpesong dengan tanggapan mereka sendiri tentang hak istimewa mereka. Mereka berasa selamat dengan hak istimewa dalam pendidikan dan ekuiti ekonomi seperti yang termaktub dalam Dasar Ekonomi Baru Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Komen »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009
Oleh: Putera_Adnan
Semalam kita semua telah menyaksikan satu hari bersejarah bagi kerajaan Perak dan sejarah lain akan menyusul lagi selepas ini, sidang DUN yang dihadiri sultan kecoh seperti gelanggang pertempuran. Mungkin kejadian ini akan dicatat dalam diari Pakatan Rakyat sebagai hari yang paling gelap, entah apa lagi bentuk monumen rimba yang bakal dibina mereka bagi memperingati hari yang penuh dengan kehitaman (buat Pakatan Rakyat) itu.
Rasa pelik, sebab yang bertempur dalam dewan kebanyakannya diwakili puak PKR dan DAP sebagai kerajaan Pakatan Rakyat. Di mana suara orang PAS dalam mempertahankan kedudukan speaker PKR itu? Jika PAS panas dengan tuntutan jawatan Menteri Besarnya sebagai ketua kerajaan parti yang memerintah, nampaknya PKR dan DAP lebih lantang lagi dan bergelut dalam dewan DUN kerana berkehendakkan jawatan Speaker DUN bagi pihak mereka. Perak umpama lubuk pangkat buat mereka semua.
Jika kita lihat PAS sanggup menderhaka kepada sultan kerana berkehendakkan jawatan MB, PKR yang dibantu DAP pula sanggup biadab kepada sultan kerana berkehendakkan jawatan Speaker DUN. Noktah… apa alasan mereka lagi? Untuk kebaikan rakyatkah semuanya? Atau marah kerana kepentingan politik mereka sudah dicantas oleh kerajaan parti yang lebih layak? Sekiranya kerajaan BN kejam, rakyat sudah pasti menderita di bawah naungan pemerintahannya sejak sebelum PRU12 lagi.
Pakatan Rakyat sanggup menyanggah keputusan sultan kerana mereka tidak berpuas hati setelah diturunkan dan berang setelah digantikan oleh musuh tradisi politik mereka. Itulah yang sebenarnya. Perjuangan seperti ini lebih cenderung kepada politik balas dendam, bukan kerana rakyat. Kerana itulah sikap rasional mereka telah lenyap. Seruan berhimpun untuk mengadakan demonstrasi membubarkan DUN, barisan pemimpin mereka yang meluahkan kata-kata kesat terhadap pemimpin BN, berdemonstrasi secara haram, membina tugu bagi menyemarakkan rasa marah terhadap BN dan sultan, semuanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat agar mengikut jejak mereka menumbangkan kerajaan BN malah institusi raja-raja di Perak agar mereka boleh kembali berkuasa. Sungguh terdesak.
Siapakah kerajaan dan siapakah raja kita yang sebenar? Siapa pemerintah yang lebih banyak dipilih rakyat di Perak? UMNO yang dikatakan tumbang di Perak menguasai 27 Kerusi daripada 59 kerusi yang dipertandingkan ketika PRU12 dulu. 1 kerusi milik parti komponen BN, MCA. Pakatan Rakyat yang digembar-gemburkan sebagai gabungan parti yang dipilih rakyat untuk memerintah Perak sebenarnya cuma dikuasai 18 kerusi DAP, 7 kerusi PKR dan 6 kerusi PAS. Daripada jumlah keseluruhan jika tanpa gabungan parti, siapakah yang lebih disokong rakyat? DAP? PKR? ataukah PAS? Siapakah majoriti? Fikirkan kembali.
Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »