Oleh: Putera_Adnan
Tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungkan hubungan kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (Perc) dengan masalah pemulihan ekonomi negara menunjukkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri ini masih lagi mentaliti seperti dahulu – ingin menjadi “darling Barat” dan menggunakan rakan-rakannya di luar bagi kepentingan politik dalam negeri.
Tiada salah menggunakan ukuran luar untuk memperbaiki prestasi negara atau membantu kerjaya politik beliau. Cuma kalau beliau sendiri yang menjadi punca tentulah ada udang di sebalik batu. Anwar menulis bahawa kajian PERC menunjukkan prestasi kehakiman Hong Kong dan Singapura lebih baik dari Malaysia berdasarkan kaji selidik PERC ke atas 1537 ekspatriat. Malah menurut Anwar kajian tersebut menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan kepada Jepun, Taiwan dan Filipina. Sudah tentu Anwar sendiri tidak tahu siapa yang siapakah 1537 ekspatriat yang diselidik oleh PERC yang berpengkalan di Hong Kong ini. Baca baki entri ini »






