Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

RAKYAT PERLU SEDAR DAN HORMATI KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Februari 2009

Oleh :Anggerik Desa

Kesepakatan yang sudah dipersetujui oleh semua pihak ketika Negara mencapai kemerdekaan perlu sentiasa dihormati dan tidak dipersoalkan, harus direnung semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Pada masa kemelut membelenggu senario politik semasa, rentetan daripada peristiwa yang tercetus di Perak sehingga pihak tertentu, khususnya pembangkang mempertikaikan Kuasa Sultan. Jika semua pihak atau tepat lagi pihak terbabit memahami dan menghormati peraturan serta perlembagaan, isu itu tidak akan timbul.

Menyedari akan hakikat ini, semua pihak haruslah sentiasa menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan jangan sesekali cuba untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengannya. Tidak dapat dinafikan, sejak Pilihan Raya Umum Ke12 Mac tahun lalu, pelbagai peristiwaberlaku hingga lebih cenderung kepada isu perkauman, keagamaandan Prlembagaan. Tiba-tiba saja semua orang sudah pandai bercakap mengenai hak asasi, soal Perlembagaan, isu Kontrak Sosial dan sebagainya. Kita menghormati pandangan, tetapi kita tidak senang hati apabila ada pihak tertentu berani mencabar sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan dan hak istimewa kaum tertentu atau ketuanan Melayu. Lebih menyedihkan, dalam setiap isu yang timbul, diselitkan unsur kaum, agama atau fahaman politik yang sempit.

Selepas 51 tahun Negara Merdaka, masih ada pihak tertentu cuba membangkitkan isu perkauman yang sempit serta menjadikannya perdebatan umum. Kita berharap Kerajaan mengambil tiindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja cuba memecah belahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum serta keamanan Negara sentiasa terpelihara. Kita mahu hak setiap rakyat di Negara ini, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, akan sentiasa memelihara Perpaduan dan saling menghormati dan pada masa yang sama, kita mahu mereka yang cuba mengganggu gugat keharmonian, dikenakan tindakan sewajarnya.

Sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada generasi muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan Negara. Prinsip Rukuun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat. Jika ini dijadikan asas panduan, maka tidak timbul sebarang masaalah.

Namun, masaalahnya golongan yang kononnya juara dalam segala segi, atas nama keadilan rakyat, sengaja memekakkan telinga demi kepentingan pribadi dan politik yang sempit. Segala yang berbentuk hasutan, termasuk penulisan dalam blog, hendaklah dihentikan demi kesejahteraan masyarakat majmuk, bukan mengkucar-kacirkan lagi keadaan.

About these ads

5 Respons to “RAKYAT PERLU SEDAR DAN HORMATI KELUHURAN PERLEMBAGAAN”

  1. ramli said

    apa yang kita lihat berlaku pada hari adalah kerana perebutan untuk menguasai tampuk kuasa….
    yang mana KUASA inilah akan digunakan untuk mengayakan diri dan kroni…
    apa yang saya nampak perkataan MEMBELA RAKYAT pada hari ini merupakan satu gimik dalam permainan politik..
    era membela rakyat telah berakhir setelah zaman TUN HUSSEIN berakhir…
    kini zaman perebutan untuk menguasai kunci khazanah negara telah bermula…

  2. seetanggang said

    Dah tu depa tidak mahu dengar, apa you nak buat?.

    Persoalan nya bagaimana hendak supaya mereka dengar.

    Buat macam Burma je lah. Semua dia tidak dengar. Baru best. Peduli apa ya. Kalau negeri tergadai dek kerana dia orang tidak mahu dengar, macam mana bro?

  3. sutera timur said

    Tak pelah rakyat sedg memerhatikan senario ini sekarg.Saya rasa PR baru ni da meng besar tapi kenapa tak betul-betul jalankan tugas shingga boleh tergelungsur kerajaannya.Bukan payah sebenarnya jagalah dan penuhije apa yg rakyat perlukan bukan berebut harta seperti yg mereka kata kpd umno…silap betullah mereka krn mengabaikan rakyat dan bekas exco sehingga mereka rasa diabaikan.SUSAHLA kalau mereka rasa dianaktirikan pastilah mereka rasa sengal dan melawan balik….Bila meng bukan bermakna kena riak patutnya kena bekerja…dgn gigih kalau cakap aje banyak dan sombong pulak rakyat pun dah jadi meluat dah tu lawan RAJA PULAK ..memang cari nahaslah tu…Tunggu semuanya dihumbankan jelah oleh rakyat nampaknya ..krn BN DAN PR DAH NAMPAK MACAM 2KALI 5 JUGA……..HAMPEHLA…tak boleh nak ditolong dah……..

  4. saluran 4 said

    kenapa dan kenapa UMNO atau BN sekrang lambat dalam menangkis tomahan dan juga serangan dari PR.. seolah2 apa yang dnyatakan oleh PR semuanya betul sebab tiada satu pihak yang benar2 ikhlas untuk membetulkan kaeadaaan yang semakin serabutkan kepala nie.. contoh isu yang dimainkan oleh k****l.. terang2 dah dia hina sultan dan juga kurang ajar.. apa respon atau tindakan dari pihak istana sendiri sehingga tak ada apa yang boleh dilakukan.. dan kenapa polis masih lagi tiada tindakan untuk diambil diatas semua kecelakaan yang telah dibuat.. pening dan makin serabut sebab kaum itu dah mula naik lemak sebab melayu kita boleh di letak bawah dan dipijak2 oleh kaum yang dah mula naik lemak nie

  5. Malachi said

    Just dropping by.Btw, you website have great content!

    ______________________________
    All Natural Cure For Stopping Acne In 3 Days!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: