Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PERPADUAN ADALAH ASAS INTEGRASI ANTARA KAUM

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 5 Disember 2008

Oleh: ANAK KECIL DARI GUNUNG

Setiap Warganegara perlu mempunyai kematangan dan bersifat rasional dalam segala hal, terutama yang menyangkut sensitiviti sesuatu kaum. Pertimbangan yang teliti dan saksama perlu diberikan oleh semua pihak dan menangani apa-apa jua perkara yang bersangkutan dengan kepentingan bersama.

Perlu disedari bahawa tanggungjawab memelihara hubungan baik sesama kita mestilah bertunjangkan beberapa aspek. Antaranya yang penting adalah setiap Warganegara mesti mempunyai pengetahuan yang baik tentang sejarah kewujudan negara, bangsa dan kewujudan kepelbagaian kaum di negara kita. Kita juga mesti memahami, menerima dan menghormati perbezaan yang wujud dalam latar belakang agama, sosial dan budaya pelbagai kaum di negara ini.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini ada riak-riak yang menggusarkan dalam hubungan sesama kita. Kenyataan yang berbentuk provokasi dan amat tidak bertanggungjawab dan diucapkan oleh mereka yang bersikap optimis. Telah ada yang berani mempersoalkan perkara yang memang secara jelas termaktub dalam perlembagaan negara. Lebih buruk lagi apabila ia didalangi para pemimpin yang juga secara membuta tuli mengeluarkan kenyataan yang salah dan tidak berasas. Walaupun diucapkan oleh mereka yang nyata dangkal fikiran dan buta sejarah, hakikatnya kenyataan ini pasti telah menggores hati dan perasaan kaum lain.

Akhirnya akan wujudlah kecelaruan, dendam, prasangka dalam masyarakat kita. Ibarat api dalam sekam; jika sudah marak menyala, kesabaran dan tolak ansur tidak akan dapat membendungnya daripada membakar hangus semangat perpaduan antara kita. Keadaan akan sukar di kawal dan di padamkan. Akhirnya ia pasti akan meruntuhkan benteng persefahaman yang teguh di bina selama ini. Maka akan menjadi sia-sia jugalah jerih payah pemimpin terdahulu membina dan membangunkan negara ini.

Adakah wajar hanya kerana mahu mencari publisiti murahan atau mahu menjadi jaguh dalam kelompok, kita sanggup mengorbankan keselesaan dan keharmonian yang kita nikmati selama ini? Walau apa-apa pun tujuannya, masa hadapan anak-cucu kita tidak boleh diperjudikan.

About these ads

Satu Respons to “PERPADUAN ADALAH ASAS INTEGRASI ANTARA KAUM”

  1. afiezah said

    ASSALAMUALAIKUM.. SEKARANG MERUPAKAN ZAMAN YANG AMAT MAJU.. TP MAJU KAH NEGARA KITA??NEGARA KITA MEMPUNYAI BANYAK TOKOH2 DAN MENTERI YANG CEKAP DAN BIJAK UNTUK MEMBIMBING NAGARA SEPERTI PAK LAH.. SAYA HORMATI DIA BUKAN KERANA DIA SEORANG PERDANA MENTERI TETAPI KERANA DIA TELAH BERUSAHA UNTUK MEMBUAT NEGARA KITA MAJU SAMPAI KE TAHAP INI… TAPI, MENGAPA MEREKA’ UMNO.DAP.PAS.DAN YANG LAIN’ TIDAK PERNAH SEPAKAT UNTUK MEMAJUKAN LAGI NEGARA KITA?MENGAPA PERLU BEBALAH SESAMA AGAMA BANGSA DAN NEGARA?? KITA SEBAGAI RAKYAT PULA YANG MENDAPAT TEMPIASNYA? WHY THIS HAPPEN IN OUR COUNTRY? DULU NAGARA KITA MERUPAKAN NEGARA YANG AMAN DAN TIDAK ADA PERBALAHAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: