Oleh: Salza Hedra
Sambutan Kemerdekaan ke 51 tahun semakin hampir. Jiwa merdeka rakyat Malaysia terhampar jelas dalam kehidupan setiap rakyatnya. Tiada kegusaran dan jiwa terkongkong yang menghantui kita. Kemerdekaan amat bermakna kerana kebebasan mentadbir dan membangunkan rakyat dan negara dibentuk mengikut acuan kita sendiri. ”Perpaduan Teras Kejayaan’ menjadi slogan sambutan hari kemerdekaan ke 51. Tema sebegini pernah digunapakai selepas merdeka khususnya pada tahun 1970-an iaitu semasa zaman kepimpinan Perdana Menteri Kedua, Allahyarham YAB Tun Abdul Razak Hussein. Baca baki entri ini »






