Arkib bagi Bulan Jun 2008
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Jun 2008
Oleh: Salza Hedra
Itulah persoalan yang bermain di setiap minda masyarakat Malaysia berikutan tindakan DSAI terhadap laporan polis berkaitan kes liwat yang dibuat oleh kakitangan beliau, Sdr Saiful Bukhary Azlan, pada 28 Jun 08 lalu. DSAI bukan calang-calang punya orang. Beliau merupakan orang yang hampir berjaya menumbangkan kerajaan pimpinan BN dalam PRU 12 lalu dan ”PM Menanti ke 6 Malaysia” pada 16 September ini. Tambahan pula, beliau pernah menghadapi situasi ini pada tahun 1998. Bagi menangani peringkat awal ini beliau menggunakan pendekatan 2D iaitu; ’Diversion dan Dramatic’. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 18 Komen »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Jun 2008
Oleh: Salza Hedra
“Kontrak Sosial tidak pernah wujud.” “Ketuanan Melayu merupakan imaginasi politikus yang mahu mengambil kesempatan” “UMNO menjaga orang melayu macam binatang ternakan yang kemudiannya akan disembelih”.
Tiga kesimpulan yang dibawa oleh panelis yang mempunyai latar belakang sains politik ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana kesempatan inii diambil untuk memberikan fakta yang tidak tepat dalam keseluruhan forum tersebut. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | 2 Komen »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Jun 2008
Oleh: Salza Hedra
Esok, 28/06/08 jam 9.00 pagi, Majlis Peguam akan mengadakan program debat di Auditorium Majlis Peguam di Jalan Medan Pasar ,Kuala Lumpur (berhampiran Agro Bank). Pembentangan akan berkisar kepada tajuk : “BENARKAH WUJUDNYA KONTRAK SOSIAL” dan “DEBAT KETUANAN MELAYU”. Tanpa mengambilkira sensitiviti masyarakat melayu, mereka cuba membawa pendekatan dan konklusi mengikut pandangan mereka sendiri. Maruah bangsa melayu sudah mula diperkotak-katikkan oleh orang bijak pandai undang-undang bukan melayu. Perlembagaan negara dikesampingkan. Kedaulatan Raja dan Kesultanan Melayu dihina dan diinjak-injak. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 11 Komen »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Jun 2008
Oleh: Salza Hedra
Apabila Ezam mengeluarkan kenyataan dalam akhbar harian Utusan Malaysia 27/06/08 bertajuk “Anwar amalkan nepotisme?” sudah pasti ada yang akan menafikannya, khususnya YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Isteri tercinta dan anak kesayangan yang menjadi wakil rakyat juga akan mencari jalan untuk mengalihkan cerita ini. Kita juga akan mula mendengar penafian-penafian daripada rakan sekongkol DSAI daripada DAP dan PAS. Itupun kalau kerjasama dan ikatan mereka kuat. RPK yang sedang hangat dengan ’statutory declaration’ beliau terhadap isteri YAB Dato’ Seri Najib juga akan mengeluarkan artikel untuk menutup pendedahan terbaru Ezam ini dengan membuat liputan yang menghentam beliau. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 25 Jun 2008
Oleh: Salza Hedra
Sebelum PRU 12, isu agama seperti penggunaan perkataan ‘Allah’ yang diminta oleh gereja Kristian dalam makalah dan ’sermon’ mereka dibenarkan dan masalah tuntutan HINDRAF digunakan untuk mmberikan tekanan kepada kerajaan. Selepas PRU 12, cadangan exco Selangor mengenai menambah perluasan rumah ibadat tanpa had dan dana yang melebihi RM3 juta pula cuba diketengahkan. Seperkara yang terlintas di fikiran penulis samada terdapatnya pemantauan terhadap hal-hal berkaitan agama selain Islam di Malaysia oleh pihak kerajaan? Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Agama, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan | 1 Komen »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 23 Jun 2008
Oleh: Salza Hedra
SAPP merupakan sebuah parti komponen daripada Sabah yang sejak dahulu menjadi kumpulan pendesak dalam memastikan Sabah diberikan tumpuan dalam usaha pembangunan kerajaan pusat. Langkah bongkak Presiden SAPP, Yong Teck Lee, baru-baru ini telah menyatakan bahawa parti di bawah kepimpinannya akan menyokong usul undi tak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Apa sebenarnya yang cuba diketengahkan oleh Yong Teck Lee? Rakyat Sabah? Atau SAPP? Atau Dirinya sendiri? Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Komen »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 16 Jun 2008
Oleh : Salza Hedra
Dalam maklum balas daripada artikel penulis mengenai DSAI, Harga Minyak Dan Amerika?? baru-baru ini, penghantar komen telah memaparkan tindakan Pengerusi tersebut menyebarkan dakyah dan hasutan mengenai Petronas. Penulis tidak langsung mengedit atau membuat sebarang pindaan terhadap komen tersebut seperti di bawah: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain | 7 Komen »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 11 Jun 2008
Oleh: Salza Hedra
Negara-negara Asia kini dilanda krisis ekonomi yang agak meruncing termasuklah Malaysia. Ramai yang merungut dan mengkritik dan ada di kalangan rakyat negera tertentu mengadakan demonstrasi jalanan untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap kenaikan ini. Namun di Malaysia, walaupun terdapat ura-ura bahawa pakatan pembangkang (DAP, PKR dan PAS) mengadakan mesyuarat sama ada perlu atau tidak mereka mengambil kesempatan ini untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi mendapat ‘political mileage’ dan memberi tekanan kepada kerajaan Persekutuan. Tujuan mereka jelas, untuk memastikan mereka mengambil alih pemerintahan kerajaan sekarang dan DSAI dilantik menjadi PM ke 6 Malaysia. Sedar atau tidak, mahu atau tak mahu, kita tidak dapat menafikan bahawa kenaikan harga minyak ini ada perkaitannya dengan dasar Amerika memperluaskan dan memperkukuhkan kekuasaan mereka di Asia yang kini sedang pesat membangun. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Pelbagai & Lain-lain | 3 Komen »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 11 Jun 2008
Oleh: Adijagat
Bahanapi kembali menjadi topik perbincangan hangat dewasa ini. Ramai yang begitu marah dengan kenaikan harga bahanapi sehingga ada yang hilang kewarasan di dalam bicara mereka. Mereka mula memaki hamun dan mencaruti pemimpin negara. Tidak kira bangsa, agama, jantina, usia sehinggakan orang yang tidak memiliki kenderaan sendiripun marah kepada kerajaan. Saya berjumpa dengan seorang wanita yang marah atas kenaikan harga bahanapi ini walaupun beliau belum memiliki kenderaan. Mungkin beliau merasakan kereta Proton BLM yang telah ditempahnya nanti akan menyebabkan poket beliau menjadi sentiasa nipis. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Komen »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 9 Jun 2008
Oleh: Salza Hedra
Membaca ‘The Star’ semalam (7/06/08), pelbagai perkara bermain difikiran penulis. Belum lagi reda daripada kisah babi di Sepang oleh kerajaan Campuran Pembangkang di Selangor, exconya, YB Xavier Jayakumar dan YB Ronnie Liu berkata mereka akan mencadangkan agar peruntukkan kepada hal-ehwal agama bukan Islam RM3 juta oleh kerajan sebelum ini dinaikkan kepada satu angka yang lebih tinggi yang tidak mahu dimaklumkan. Selain itu, mereka juga mencadangkan penambahan keluasan tanah bagi rumah ibadat mereka yang sebelum ini 0.4 ha kepada keluasan tanpa had. Menurut mereka ini adalah kelangsungan daripada janji-janji yang dibuat semasa kempen PRU 12 yang lalu yang mesti dipenuhi serta merta. Apa yang ingin dicadangkan oleh Exco kerajaan Campuran Pembangkang Selangor ini bukan sesuatu yang baru. Selain daripada tentangan mereka megenai ‘Hak Keistimewaan Orang Melayu’ yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, mereka juga menggunakan kesempatan ini untuk membuat tuntutan tambahan terhadap hak keagamaan mereka. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 Jun 2008
Oleh: Salza Hedra
Sejak dari tengahari hingga ke malam 5 Jun 08, berduyun-duyun kereta, motosikal dan kenderaan-kenderaan lain beratur di seluruh stesen minyak disebabkan oleh pengumumnan kerajaan akan menaikkan harga minyak daripada $1.92 sen kepada $2.70 sen. Hari ini tangki kenderaan mereka perlu diisi penuh. Setidak-tidaknya, mereka dapat menjimatkan sedikit wang saku kerana mulai esok mereka perlu membayar harga yang lebih mahal. Inilah bayangan keresahan pertama mereka. Ianya juga tindakan pertama mereka untuk merlakukan penjimatan dalam usaha menangani kesan kenaikan tersebut. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Komen »