Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Mohd Sabu Berfahaman Syiah?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Januari 2008

Abu Ezzadi
abu_ezzadi@yahoo.com

Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Namun sedarkah kita bahawa minat, sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan aqidah?

Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci. Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd Sabu adalah sebahagian daripada mereka.

Mungkin atas sebab itulah kita jarang melihat beliau solat jamaah bersama-sama kita. Malah diakui oleh pimpinan peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah melihat beliau solat jamaah bersama (walaupun diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi).

Dan yang lebih malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman ini ke dalam parti, terutamanya ke atas golongan pemuda kita. Pernah dilaporkan apabila beliau membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat Thailand, mereka telah berhenti solat di masjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid orang syiah di sana.

Mungkin ada yang masih ingat beberapa siri demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dan Wisma Denmark sewaktu ketika dahulu. Ingatkah anda ada satu golongan syiah yang datang membawa sepanduk dan poster besar Imam Khomeini / Khameini sambil membaca selawat cara Iran dengan lahjah Iran. Dan tahukah anda bahawa semua itu ditaja oleh Sdr. Mohd Sabu dan di dalam kelompok tersebut juga terdapat beberapa pemuda PAS daripada Kuala Kedah!

Bukan setakat itu sahaja, malah ahli-ahli perhubungan negeri Pulau Pinang dan kebanyakan jawatankuasa kawasan di Pulau Pinang juga telah mula diresapi pengaruh syiah. Mereka cukup kagum dengan Mohd Sabu dan syiahnya.

Secara nyata Mohd Sabu telah menggunakan pengaruh dan jawatannya untuk mengembangkan ajaran dan pegangan syiah di kalangan ahli PAS. Sebab itulah tidak hairan kenapa beliau kerap berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali beliau membawa ahli-ahli kita dan pemuda bersama-samanya. Kadangkala kita tertanya-tanya dari mana mereka memperolehi wang yang banyak untuk kerap berkunjung ke tempat tersebut. Dan seringkali juga beliau menolak dan mengelak untuk melawat ke Lubnan dan Tehran bersama-sama pimpinan PAS yang lain, kerana mungkin dikhuatiri tembelangnya akan pecah.

Suasana ini bukan lagi menjadi rahsia kepada ahli dan pimpinan PAS yang lain. Semoga satu tindakan yang tegas dapat diambil untuk membendung gejala ini yang kalau tidak disekat akan menjadi barah dan nanah yang bisa memecahbelahkan perpaduan di dalam Parti.

     

About these ads

27 Respons to “Mohd Sabu Berfahaman Syiah?”

  1. ahli sunni said

    betul ke ni? pyh aku nak pecaye…tp gambar2 tu nampaknya menceritakan segala2nya.

  2. sazmani said

    Inilah wabak umat islam…yang Umno dan pas dah bergaduh sesama islam…yang islam bergaduh mana yang betul atau tak…sape syiah atau sunnah…maybe dalam 10 tahun lagi…kita akan lihat orang islam dan bukan islam seperti perlawanan piala dunia…orang barat atau israel dan amerika menjadi penonton perlawanan namun yang menjadi pemain adalah sesama orang islam..orang islam berlawan sesama sendiri tetapi israel dan amerika hanya jadi penonton…sukanya depa…masa tu yang menang kalah mungkin orang sunnah kot atau orang syiah atau orang islam? tepuk dada tanya diri sendiri…TQ

  3. sahabat jauh said

    UMNO kan dah dikafirkan oleh Hj Hadi thn 1981. PAS pulak syiah. ok lah tu, gaduh2 antara puak kafir dgn puak syiah. PKR plak puak2 Zionis. Jadilah perang 3 penjuru antara, kafir, syiah dan Zionis.

  4. apaapele said

    hmmm…jom pakat2 kita jadi palestine. gado sama2 sendiri, yahudi duk tepuk tangan.
    mai lah ramai2 kita gado sesama melayu.
    mai lah ramai2 kita gado sesama Islam.
    aku kata hang hang kata aku…semua sama jer. geng sendiri dipuji geng lawan dikeji. takde beza langsung. SAMAAAAA ja semua.
    mai kita gado2 dan berpecah sesama melayu dan agama.
    maiiiii laaaaaahhh………

  5. Khalifa Masyhur said

    Salam Abu Ezzadi,

    Bukan syiah itu barah dan nanah. Dan tidaklah sunni pula barah dan nanah. Barah dan nanah yang bisa memecahbelahkan perpaduan dalam parti adalah kelompok seperti anta. Minda sektarian dan kolot. Sering mempropagandakan isu furu’ dan cabang, yang tak pernah selesai sepanjang sejarah, anta ungkit dan panaskan kembali ikut citarasa anta.

    Ketika kita menuding jari mendakwa si dia bukan sunni, sunnikah kita? Anta pasti yang anta benar-benar sunni? Atau wahabi? Yang membaca coretan anta pun sunnikah? Sunnikah awak? Syiahkah aku? Wahhabikah dia? Itukan urusan ahli agama. Tatkala ahlinya berselisih pendapat sesama mereka dalam hal harusnya sesebuah mazhab, anta menjadi sangat pasti menganggap ianya barah dan nanah.

    Aduhai, kalau nak diturut hawa nafsu sektarian anta nak disaring penyokong dan pejuang PAS yang berbau “tidak sunni” tinggalkan berbaki yang berbau “sunni (ala anta)” saja dalam PAS, agaknya apa yang tinggal??? Wahabi???? PAS bukan pentas sektarian. Jangan kecilkan arus dokongan penyokongnya yang pelbagai latarbelakang ras dan agama. Ia milik semua. PAS itu penyokongnya sunni, syiah, wahhabi, kristian, hindu,kristian, budhhist dll. PAS bukan agama..dan bukan juga mazhab. Ia pentas, medium, sarana berpolitik secara fitrah alami.

    Wassalam,

    khalifa

  6. gondorowo said

    Hehehe. Cuba tukar beberapa perkataan dr komen Khalifa Masyhur. Bunyinya akn jd camni:

    “Bukan sekular itu barah dan nanah. Dan tidaklah Islam pula barah dan nanah. Barah dan nanah yang bisa memecahbelahkan perpaduan dalam parti adalah kelompok seperti anta. Minda sektarian dan kolot. Sering mempropagandakan isu furu’ dan cabang, yang tak pernah selesai sepanjang sejarah, anta ungkit dan panaskan kembali ikut citarasa anta.

    Ketika kita menuding jari mendakwa si dia sekular, Islamkah kita? Anta pasti yang anta benar-benar Islam? Atau wahabi? Yang membaca coretan anta pun Islamkah? Islamkah awak? Sekularkah aku? Wahhabikah dia? Itukan urusan ahli agama. Tatkala ahlinya berselisih pendapat sesama mereka dalam hal harusnya sesebuah teori atau tafsiran ilmu Barat, anta menjadi sangat pasti menganggap ianya barah dan nanah.

    Aduhai, kalau nak diturut hawa nafsu sektarian anta nak disaring penyokong dan pejuang BN yang berbau “sekular” tinggalkan berbaki yang berbau “Islam (ala anta)” saja dalam BN, agaknya apa yang tinggal??? Wahabi???? BN bukan pentas sektarian. Jangan kecilkan arus dokongan penyokongnya yang pelbagai latarbelakang ras dan agama. Ia milik semua. BN itu penyokongnya sunni, syiah, wahhabi, kristian, hindu,kristian, budhhist dll. BN bukan agama..dan bukan juga mazhab. Ia pentas, medium, sarana berpolitik secara fitrah alami.”

  7. Orang Original said

    aku x faham ape korang cakap, korang cakap mengarut! hehehe

  8. ME said

    tak sampai tahap pemikiran. jangan bimbang. ia bukan untuk anda.

  9. shabriduda said

    kekaguman orang pas kerana peminpin Iran lah yang satu2nya berani menjengkal muka Amerika dan kuasa2 besar pada ketika itu.kehebatan kebangkitan umat iran menjatuh kerajaan sekular Shah reza Pahlavi yang kuat dan menegakkan sistem islam di iran maka pemimpin2nya menjadi IKOn pada masa tu.adakah pemimpin UMNO Tun Razak pernah bersalaman dengan peminpin KOmunis pada Tahun 70an di bejing.bermakna TUN razak dan Umno berfahaman KOmunis????

  10. semang said

    sekurang2nya tun razak dan kuncu2nya tak lah sampai bwk sepanduk mcm2 ahli2 pas. Nampak sgt taksub & ada unsur memuja2.

  11. juragan_petai said

    gambar dan sepanduk2 di bawa semasa demontrasi mengutuk pencerobohan israil keatas ke Lubnan ..kumpulan yang paling kuat mengegekang dan mempertahankan cubaan penjajahan Israil, ialah PARTI HIZBULLAH maka sepanduk dan Gambar pemimpin tersebut di arak tanda sokongan.kebetulah pulak hizbullah di sokong kuat oleh Iran.tak kan nak bawak gambar BUsh,YAB DOLAH HADARI,HOSNI MOBARAK ataupun SHARIZAT jalil..apa la ko ni ambik tau la hal pekembangan masa depan umat islam di negara lain sama.kan Encik Dollah Hadari tu Orang kuat OIC.

  12. Viola said

    RUKUN IMAN AGAMA SYIAH

    Rukun iman agama Syiah hanya lima perkara, iaitu:

    1. Beriman kepada KeEsaan Allah
    2. Beriman kepada Keadilan
    3. Beriman kepada Kenabian
    4. Beriman kepada Imam
    5. Beriman kepada Hari Kiamat

    Oleh itu berwaspadalah terhadap gerakan, doktrin dan d’ayah Syiah, kerana pada hakikatnya mereka adalah pembohong yang hanya mengajak kepada kekesatan, pecah-belah dan kehancuran umat Islam.

    Sekarang persoalannya..

    1. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut dgn adanya sembahyang 2 imam kerana imam mereka dikatakan lebih ulama dari ulama Sunnah Wal Jamaah?
    2. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut menggunakan Al-Quran & Hadis untuk kepentingan politik?
    3. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut menghukum umat Islam yg tak sealiran dengan mereka?
    4. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut yg memaki hamun ulama2 Sunnah Wal-Jamaah untuk menegakkan kepentingan dan kuasa?
    5. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut dlm satu Enekmennya menghalalkan mensodomi Isteri?
    6. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut mengkafirkan umat Islam yg tak sealiran dengan mereka?
    7. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut yg mengaku menegakan Islam tetapi bertujuan merosakan Islam secara halus?
    8. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut menghalalkan yg Haram demi kepentingan politik.
    9. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut dlm ceramah2 untuk menghina Pemerintah dengan menggunakan Hadith2 sebagai sandaran?
    10. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut merosakkan perpaduan ummah?
    11. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut apabila berhujah mereka tidak akan mengaku kesalahan walaupun dikemukakan nas2 dari Al-Quran dan Hadith?
    12. Contoh siapakah Puak2 PAS ikut yg mengatakan sesuatu yg tidak ada didalam Al-Quran dan berhujah dengan memutarbelitkan ayat2 Allah?
    13.Contoh siapakah Puak2 PAS ikut yg mengatakan undi PAS masuk syurga dan neraka bagi yg tidak menolaknya?

    Suasana ini bukan lagi menjadi rahsia kepada ahli dan pimpinan PAS yang lain.

  13. umar said

    Aku risau gak pengaruh syiah telah menular ke dalam parti pas yg aku sayang ni, for ur info syiah memang konfem sesat kerana mrk menolah sahabat nabi 80% dan menerima 20% shj, walhal kita tak boleh menolak sahabat nabi 100%, Rasulullah s.a.w. menyatakan selepas ketiadaan Beliau Umat Islam mesti mengikut para sahabat spt saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Othman r.a., Ali r.a dll. Masalahnye sekarang Syiah menyatakan Saiditina Aisyah itu perempuan zina walhal dlm masa yg sama mrk tahu saiditina Aisyah itu isteri nabi dan anak Saidina Abu Bakar r.a. Fahaman mrk amat jauh terpesong disebabkan oleh pengaruh yahudi di zaman selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. Yahudi mempengaruhi Umat Islam pada zaman itu agar membenci sahabat dan menyokong Ali r.a. kerana saidina Ali sepupu nabi jadi Ali lah yg sepatutnye menjadi khalifah. Kita sedia maklum khalifah dipilih dari keputusan @ undian majlis syura. Yahudi ni memang tak puas hati ngan Rasulullah dan sentiasa cari jalan utk menyesatkan umat Islam.

    Ana memohon ampun sekiranya pendapat ana ini salah mintak Allah betulkan dan masukkan ana ke dlm golongan org yg beriman.

    Cuma apa yg perlu kita buat ialah kita mesti menasihati kawan2 kita agar mrk kaji dahulu perjuangan Syiah ini, Syiah menentang kemungkaran mengikut fahaman mrk. Dlm masa yg sama Imam khomeini sendiri pernah mengeluarkan fatwa yg mrk wajib bunuh sunnah wal jammah sekiranya berlaku peperangan dan ustaz ana sendiri masa beliau mengaji di pakistan dulu pernah satu ketika bersembahyang di masjid syiah di sana terkejut krn selepas beliau solat org syiah cuci tempat solat beliau dgn alasan org sunnah ni najis. Itu kerana ustaz ana tu org luar kalu org tempatan dh lama kena halau.

    rujuk http://www.youtube.com berkaitan azan mereka yg lain dari azan sunnah wal jamaah, selain itu dilaman web ini ramai ulama2 dunia malahan ustaz di malaysia memberi pendapat ttg fahaman syiah ini mesti dibendung dari terus menular.

    Pasal Mat Sabu kita ni ana tak pasti dia syiah ke sunnah, kalu di bawak poster khomeini bertujuan utk menyedarkan umat Islam bagi ana its ok fine, no problem tapi kalu dia menganut syiah itu dah salah.

    Kepada anda di luar sana kajilah dulu sejarah syiah ini krn terdapat 73 puak di dlm Islam yg sesat, cuma 1 je yg betul iaitu sunnah wal jamaah, itu cakap nabi tu, kita tak boleh kata Pas @ UMNO @ Wahabi @ Syiah termasuk ke dalam golongan di dlm golongan ini kerana Islam kita setakat Islam org yg bertaraf org awam. Kita bukan wali @ ulama, biarlah mahkamah Islam yg menjatuhkan hukuman TETAPI buatlah carian ilmu, rujuklah kitab Al-Quran, hadis, buku2 fadhilat amal, kemudian dakwah mereka ke jalan yg lurus. Kesian org Islam di dlm Pas kekadg ada gak buat silap, begitu juga org islam di dalm UMNO pun ada gak buat silap, begitu juga org Islam di dlm PKR @ DAP @ KINMA dll.

  14. shabriduda said

    apahal lah korang ni kaitkan pas dengan syiah….??? dah tak der kerja ka????

  15. Norlee MadAli said

    Takat nak letak gambar pemimpin syiah dalam gambar cam tu, dalam dunia teknologi masa kini pung dihirankan. semua gambar tu tak ori lagi dah di tambah ….aku boleh buat 1000 gambar cam tu lagi gambar cam tu… rencana ni cuma fitnah je…

  16. islam tulen. said

    Hanya lihat gambar tapi saudara2ku pikiq tak nape pas buat macam tu…depa bukan sokong syiah tapi depa sokong apa yang mreka lakukan…kalu macam tu….kalu kita sokong pasukan england lwn Israel…bermaksud kita sokong kristianlah? cukuplah wahai puak wahabi….kerja anda hanya memecah belah umat islam dan menimbulkan tanda tanya…dan menimbulkan kekeliruan kepada orang awam….yang lain..yang tidak sokong diamkan diri…kalu nak diikutkan wahabi…semua orang salah…dia aje betul…buka halaman jakim, kumpulan yang mengelirukan umat islam…..tapi mungkin jakim pun salah kan?sebab wahabi aje betul…TQ

  17. penulis_cyber said

    Memang benar, rumah mat sabu penuh buku bab syiah.ini saya cerita sendiri Demi ALLAH dari kawan saya yang juga belajar di Al Azhar…Rupanya dia memang suka Syiah.dan banyak buku syiah di rumahnya..

    Kawan saya diajak ayahnya ke rumah mat sabu. Ayah dia ketua pas di selangor..

    hati hati kerana dah ramai terkena penangan ajaran syiah ini….

    sila buka http://ustazmoden.wordpress.com ada juga gambar ahli syiah pukul diri sampai berdarah..

  18. tajdid said

    salam smua..
    apa yg nk begadoh2 ni,kita agama islam untuk bsatu dlm prjuangan kita,tp klw dlm msalah akidah kta kna tgoq,kta kna tgoq.klw kita tgok dlm mazhab syiah,bnyk penyelewengan yg ketara.org syiah sruh kta bc ktb depa,ktb depa kta bc bnyk yg xbtl,bc laa kta2 ahlu sunnah,.
    wahai org syiah,bc laa ktb2 ahlu sunnah..
    adkh islm sruh umatnya brtaubat mcm org syiah brtaubat sma dgn agama krstian,tibai2 bdn smpai bedarah,adkh cm 2 islam sruh….
    hak yg kata pas 2 syiah,ceqemat ckit noooo..pas bkn syaih,tp org syaih pn nk sokong pas…mat sabu 2 xyah bt kiqa laa dia,,pmmpin pn dok tgoq n nk bik tindakan..
    mslh UMNO ni yg teqok,islam pn dia juai,ngra pn dia juai..xdak hidayah org BN ni…bnyk2 istighfar naaa..

  19. Khalifa Masyhur said

    Dikutip dari laporan berita 15 Januari 2007 http://indonesian.irib.ir/

    Mufti al-Azhar Sheikh Muhammad Tantawi menyerukan persatuan Islam Sunnah dan Syiah. Mufti Mesir ini menyatakan, “Saya akan berjuang untuk mempersatukan Sunnah dan Syiah dan saya memberikan fatwa bahwa Sunnah dan Syiah adalah dua umat Islam yang bersaudara dan tak ada perbedaan antara keduanya sehingga satu sama lain bisa menjalin pernikahan.”

    Beliau menjelaskan, “Sunnah dan Syiah tidak berbeda dalam prinsip akidah, perbedaan antara keduanya hanya berkisar pada masalah furu’ sebagaimana perbedaan antara mazhab Hanafi dan Hanbali.” Beliau mengecam jama’ah takfiriah, yaitu kelompok kecil Muslim yang ekstrim dan gemar mengkafirkan orang-orang Islam yang tak sepaham dengan mereka.

    Menurut Sheikh Tantawi, sedemikian satunya akidah Sunnah dan Syiah sehingga seorang Sunni boleh solat berjamaah dengan Syiah. Karena itu, tak ada mesjid Sunni dan mesjid Syiah, semua mesjid adalah tempat peribadatan seluruh umat Islam. Beliau kemudian menegaskan pentingnya taqrib bainal mazdahib (pendekatan antarmazhab) yang telah dirintis oleh mufti al-Azhar pendahulunya, al-Marhum Shaikh Mahmoud Shaltut.

  20. saedhawwa said

    Sekadar renungan :

    Antara tokoh Mesir yg amat berminat menyatukan sunnah dan syi’ah ialah Syaikh Muhammad al-Ghazali Laisa minal Islam: 70-71) dan di Indonesia, Dr M Qurashi Shihab, Mentri Agama Indonesia (Sunnah-Syi’ah berganding tangan, Lentera, ms 258)

    Syaikh Muhammad Rashid Ridha menjelaskan,” Tidak adalah orang yg paling semangat utk menyatukan sunni dan syi’ah melainkan diriku sendiri, aku telah berusaha semaksima mungkin selama 30 tahun, akhirnya aku dapati syi’ah mmg tidak mahu kesatuan ini dgn sengaja kerana jika sunni dan syi’ah bersatu, ulama2 syi’ah akan kehilangan harta dan kedudukan mereka.. setelah banyak siri dialog di sleuruh negara2 arab dan India, aku menyimpulkan kaum syi’ah amat memusuhi ahli sunnah wal jama’ah, mereka begitu gencar menyibarkan kitab2 utk mencela sunnah, khulafa’ ar-rashidin, mencela pembela sunnah dan para imam ahli sunnah dan orang arab keseluruhannya.”
    [Majalah al-Manar, 31:290]

  21. real sunni said

    Kamu ini mahu apa dari Mat Sabu? Mahu penampar agar kamu dapat syahid? Apa yang kamu mahu dapatkan melalui tajuk entri ini?

    Dasar kamu itu hamba2 syaitan yang sengaja memecahbelahkan sunni dan syiah. Bongok!

    Sedangkan memecahbelahkan antara Islam dan agama lain juga sudah berdosa besar, inikan pula sesama agama.

    Apakah Imam Khomeini pernah menyakiti ibu atau bapamu? Pernahkah Imam Khomeini melakukan dosa besar memberi kemenangan kepada musuh2 Islam?

    Apakah iman yang kamu ada pada hari ini adalah iman sejati dan kamu tidak terhutang kepada Ahlul Bait pewaris sejati yang haq kepada Rasulullah SAW?

    Atau dalam sunnah wal jamaah mengajar kamu memusuhi semua yang tidak sehaluan dengan mu? Dasar munafiq, dasar keluarga Abu Sufyan moden kamu ini sebenarnya.

    Sesungguhnya, aku mendoakan moga kamu akan mendapat didikan kasih sayang dan cinta dari keluargamu sepertimana perilaku keluarga mulia Rasulullah SAW terhadap sekalian umat2 mereka dari dahulu sehingga ke akhirat nanti.

    Aku tidak tahu 100% mengenai sunni atau syiah, tetapi aku yakin, aku tidak akan menang dengan mengalahkan sunni/syiah atau mazhab apa sekalipun sebaliknya aku akan menang melalui agama yang dapat menyatukan keseluruhan umat Muhammad SAW untuk bersedia menyambut kezuhuran Imam Mahdi AS.

  22. asqalani said

    daripada jawapan yang menentang…semuanya tak mengenal syiah…
    ataupun yang benar2 kenal syiah dan mutasyaiiyi’…

    apapun…aku teringat kata2 ulama’ sunni di Iraq yang dibunuh oleh Kerajaan SYIAH setelah penaklukan IRAq….Dri Ihsan Ilahi…

    ketika ada yang berkata kepadanya…”apalah kamu umat Islam di Iraq nih..sunni dan syiah pun nak bergaduh…Amerika musuh lebih utama!!”…maka jawab Dr Ihsan Ilahi..:

    Kamu yang bodoh..bukannya kami…kerana kamu diluar sana tidak mengenal siapa itu syiah!!!!…

    Salahuddin al-Ayubi pun perangi Syiah Fatimiyah…!!!…

    Buanglah kemuncut dalam jemaah…

  23. Ad din said

    Saudaraku semua, janganlah gunakan bahasa yang berbelit belit mcm puisi pulak , Rasullullah s.a.w pun ajar kita menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan tepat. Ikut sunnah ada kejayaan. Jadi tak ada lah kata2 seperti belum sampai atau sebagainya. Bijak tak semestinya guna perkataan yang terlalu tinggi maksudnya.ikhlas menyampaikan ilmu.

  24. amir said

    syiah memang sesat…

  25. hai said

    ramai org terpengaruh nagn syiah sbb memang syiah ajaran yg sebenar2nya .. org yg tpengaruh tuh akhirnya mdpt kesedaran .. btol ckp salah sorang saudara kita. . rujuk kitab2 hadis..kerana disitu terdapat bukti kebenaran syiah ..spt bukti imam 12 .. ghadir khum . .dll.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: