Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Arkib bagi Bulan Disember 2007

Kewajaran Untuk ‘Memerangi’ Pembangkang III

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 28 Disember 2007

Oleh: Sang Tempur

Komen: Sedar tidak sedar, tajuk ini telah pun masuk Siri III (sila baca artikel di bawah). Rupanya, masih tiada mana-mana pihak dari kalangan parti politik pembangkang yang mampu menangkis segala apa yang yang telah dibuktikan melalui Al-Quran, hadis-hadis sahih, ijma’ para ulama’ terdahulu dan sejarah para khalifah Islam darihal adab dan ketaatan terhadap pemerintah.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah: 111, “…Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

Jika kita merujuk pula apa yang cuba dijawab Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | 5 Komen »

Hancurkan UMNO Dari Dalam

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 26 Disember 2007

Oleh: Salza Hedra

Malaysia akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-12 tidak lama lagi. Pelbagai spekulasi kedengaran mengenai tarikh sebenar pilihan raya. Namun apa yang menarik minat penulis adalah kerancakan kempen pra pilihan raya yang sedang berlaku dalam senario politik tanahair masakini. Nampaknya pihak pembangkang telah dan sedang melancarkan kempen mereka. Kemenangan besar parti Barisan Nasional (BN) pada tahun 2004 dengan memenangi 199 kerusi Parlimen dan menawan semula Terengganu dan hampir menakluki semula Kelantan amat merisaukan parti pembangkang yang hanya memenangi Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Semasa, Politik | 17 Komen »

Pengakuan Ahli PAS Yang Disembunyikan

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 24 Disember 2007

Oleh: Sang Tempur 

Pendedahan ini merupakan siri lanjutan dari satu topik berita internet yang pernah disiarkan bermula 6 November 2007 di laman-laman web berikut:

Surat, risalah dan VCD ini seperti yang dilaporkan media internet pembangkang telah disebarkan dan diedarkan di premis-premis awam seperti surau-surau, perhentian-perhentian bas, tepi-tepi jalan serta sekitar kawasan perumahan kira-kira seminggu sebelum Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Semasa, Politik | 5 Komen »

Kewajaran Untuk ‘Memerangi’ Pembangkang II

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 21 Disember 2007

Oleh: Sang Tempur 

Komen: Sehingga artikel di bawah ini dipaparkan (lanjutan dari Siri I), masih belum ada mana-mana laman web, blog atau apa-apa saluran media daripada pihak parti politik pembangkang yang berkemampuan untuk menyahut cabaran atau persoalan yang dikemukakan dalam Siri I.

Pelihara Adab Rakyat Terhadap Penguasa Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | 21 Komen »

Lambaian Kaabah

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 20 Disember 2007

Selamat Hari Raya ‘Aidil Adha


Klip video ehsan daripada al-ahkam.net

Dikirim dalam Agama, Sejarah | Leave a Comment »

Kewajaran Untuk ‘Memerangi’ Pembangkang I

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 18 Disember 2007

Oleh: Sang Tempur 

Komen: (Berdasarkan kepada artikel di bawah) Berbicara dalam konteks negara Malaysia, parti-parti politik pembangkang khususnya kepada ahli-ahlinya yang beragama Islam adalah dengan ini dicabar untuk mengemukakan segala hujah bersandarkan fakta Al-Quran, Hadis, ijma’ para ulama’ dan seumpamanya di atas segala jenis tindakan yang mewajarkan, membenarkan, membolehkan atau menghalalkan mereka melakukan penentangan, pemberontakan, tidak patuh, tidak taat atau Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | 17 Komen »

‘Damai Malaysia’ Terus Dikritik

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 15 Disember 2007

Oleh: Sang Tempur

Genggaman salam yang erat diselangi senyuman yang cukup memberi makna daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi ketika bersalam dengan Pengerusi Penyelaras Damai Malaysia, Saiful Adil Mohd Daud sebaik sahaja Penyataan Bersama diserahkan jelas membayangkan bahawa beliau amat berpuas hati di atas bukti-bukti yang ditunjukkan.

Penyataan Bersama yang mengandungi deklarasi dan dokumen penyertaan dan sokongan setebal 3 inci yang mempunyai tandatangan dan cop rasmi daripada 395 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah diserahkan kepada Perdana Menteri dalam satu majlis ringkas di Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Subang pada 13 Disember baru-baru ini.

Damai Malaysia yang menjadi payung seterusnya mewakili 395 NGO yang mempunyai kira-kira 1.5 juta ahli itu telah bersepakat untuk Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Semasa, Politik, Program | Leave a Comment »

Apabila Rukun Negara Tidak Dihayati

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 13 Disember 2007

Oleh : Salza Hedra

Ekoran dari rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, lantas Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk memastikan keamanan negara terus terpelihara. MAGERAN kemudiannya telah mewujudkan Majlis Perundingan Negara bagi membincangkan Strategi Perpaduan Nasional. Pada tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos 1970 maka ideologi negara iaitu Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

‘Damai Malaysia’ Kutuk Demonstrasi Jalanan

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 6 Disember 2007

“Damai Malaysia!.. damai Malaysia!.. damai Malaysia!” Begitulah kata seruan yang dilaung-laungkan penuh semangat menggegarkan Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur sebaik sahaja program itu berakhir tengahari tadi, 6 Disember.

Program yang telah dianjurkan bersama oleh 5 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berjaya mengumpulkan kira-kira 395 NGO dari seluruh negara untuk berdiri di bawah satu payung, “Damai Malaysia”. Menggunakan tema “Demonstrasi Jalanan Bukan Budaya Kita”, seluruh pertubuhan yang menyertai dan menyokong diseru untuk terus mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara yang dikecapi selama ini.

Kira-kira 660 orang dari pelbagai kaum dan agama yang mewakili pelbagai Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Semasa, Politik, Program | 2 Komen »

Renung Sejarah Sebelum ‘Bersuara’

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 5 Disember 2007

Roslan Mohd Latif
Presiden
Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA)

KEDANGKALAN memahami sejarah negara menjadi antara sebab segelintir rakyat negara ini sanggup melakukan tindakan membabi buta di luar lunas budaya Malaysia tanpa sedikit pun memikirkan sensitiviti kaum lain yang bukan saja telah berkorban malah bersedia menyerahkan sebahagian hak mereka demi memastikan perpaduan kaum terus utuh dan semua kaum dapat menikmati kehidupan dalam suasana damai.

Demonstrasi jalanan anjuran segelintir kaum India yang kononnya berasakan kaum mereka ditindas dan seterusnya meminta gantirugi daripada Kerajaan British yang membawa mereka ke sini, tidak lebih daripada wayang kulit yang didalangi Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 8 Komen »

Berdemo Selamanya

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 1 Disember 2007

oleh: Sang Tempur

Kaedah demonstrasi gaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan terus digerakkan sehinggalah pilihan raya umum yang akan datang. Selain daripada memberi tekanan kepada pihak kerajaan agar mengadakan pilihan raya umum selepas 14 April 2008, beliau juga percaya hanya dengan cara ini sahajalah parti-parti politik pembangkang mampu meraih lebih banyak kerusi.

Melihat kepada senario hari ini, tidak mustahil jika satu bentuk demonstrasi besar-besaran akan dilancarkan sepanjang tempoh berkempen sehingga melibatkan beberapa negeri. Tidak semua rakyat mengerti kaedah penggunaan Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »