Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Arkib bagi Hari 28 Julai 2007

Guru Sering Dipersalahkan

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 28 Julai 2007

oleh: Jebat Pembela 

Kes warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah mengarahkan 200 pelajar sekolah itu berendam di dalam kolam telah menggemparkan Malaysia sehingga Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan di mana guru yang terbabit di dalam permasalahan ini akan dihukum.

Persoalannya di sini, wajarkah guru yang menghukum pelajar disebabkan masalah disiplin dihukum oleh Kementerian Pelajaran? Profesion perguruan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat di masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Disiplin dalam bentuk formal perlu dirangka di sekolah-sekolah.

Kalau kita membicarakan tentang masalah guru memukul pelajar, pasti banyak tafsiran yang berbeza mengenai guru yang ‘jahat’. Kalau seorang murid sekolah rendah, pasti katanya guru yang jahat akan Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Pendidikan | Leave a Comment »